Ni order dari Diana. Design dia sendiri yang buat, saya tukang jahit je. Hehe. Harap-harap Diana suke. Thanks!
NOTIS
Saturday, November 6, 2010
Order : Diana
Posted by khAINIza at 11:30 PM 2 comments
Tuesday, November 2, 2010
Purse Panjang
Ni purse yang baru siap. Dengan button-button LOVE dan ada snap button untuk tutup purse ni. Sape berminat, boleh la order ye ;)Posted by khAINIza at 1:10 PM 8 comments
Thursday, October 28, 2010
Order : Farah

Posted by khAINIza at 3:15 PM 5 comments
Wednesday, October 6, 2010
Felt Purse
Ni dia produk baru saya. Hehe. Kira coming back la lepas lama tak update entry ni.
Purse ni baru terfikir nak buat semalam. Tengah belek-belek kain, tetiba dapat idea nak buat purse ni. Purse ke? Hehe. Kira purse la ni ek. Saiz dia 10 cm x 7 cm.
Kalau malas nak bawak handbag pergi mana-mana boleh la isi je duit dalam ni. Jangan la pulak tertinggal IC dengan lesen tu. Tempat letak kad pun ada tau. Purse ni di design untuk isi, wang kertas, syiling dan kad. Saiz dia pulak kecik je. Senang nak letak dalam poket
Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.
Posted by khAINIza at 1:01 PM 3 comments
Labels: Purse
Sunday, August 1, 2010
Order : Anchor Keychain
Selalu je malas nak update blog. Hehe. Jangan marah ye. Sekarang ni busy sikit. Kalau ada email, sms yang lambat balas tu, harap maaf la ye. Tapi, insyaAllah akan dibalas dalam masa 24 jam. Malam je sempat nak cek email, sms. Siang hari, terlalu banyak kerja kena buat.
Layan order dari Kak Zurena 2 ke 3 minggu lepas. 30 pcs keychain bentuk sauh. Hehe. Baru nak letak kat blog.


Posted by khAINIza at 6:01 PM 1 comments
Labels: Keychain
Saturday, July 3, 2010
My Cousin's Wedding Souvenir
Hehe...dah lama tak update blog ni. Maaf la kalau ada pengunjung-pengunjung yang tertunggu-tunggu entry baru. Dah sebulan lebih, atau nak dekat 2 bulan blog ni tak update kan? Malas betul. Huhu.
Cuti sekolah baru ni saya sibuk sikit. Sibuk dengan majlis kahwin sepupu. Sepupu yang rapat mesti la wajib ambil bahagian. Hehe. Dari mula cuti sekolah, majlis akad nikah, resepsi dan majlis sebelah lelaki semua kena ambil bahagian la. Dah habis majlis kahwin dia, sambung pula majlis pertunangan adiknya kat KL. Penuh cuti sekolah 2 minggu. Huhu.
Entry ni nak letak door gift untuk tetamu yang diminta oleh sepupu saya. Ni gambar sebahagian dari keseluruhan jumlah. Layannn.
Sunday, May 16, 2010
Order : Kak Aivee
Alhamdulillah...siap jugak tempahan daripada Kak Aivee ni. 20pcs keychain; 19 untuk AiVee Emart dan 1 untuk si comel, Ryan (lupa nak snap gambar plak). Dapat disiapkan dalam masa seminggu. Heee...
Sebelum ni Kak Aivee dah tempah 4pcs nak tengok dulu macam mana hasil tangan saya. Alhamdulillah Kak Aivee suka. Then, dia pun tempah lagi untuk sekian kalinya. Kak Aivee ni ada blogshop, jual baju-baju baby. Cantik cantik, comel comel sangat. Sape-sape nak tengok boleh pergi ke blog AiVee Emart.
Posted by khAINIza at 7:12 PM 1 comments
Sunday, March 28, 2010
Jahitan Insang Pari
Entry ni pulak nak buat tutorial bagi yang belum tahu la jahitan yang digunakan untuk buat felt craft ni. Sebenarnya jahitan ni kita semua dah belajar masa Kemahiran Hidup PMR/SRP dulu. Siapa-siapa yang tak tahu tu mesti ponteng kelas KH ni. Hehe. Tak pun, cikgu suruh jahit, dia mintak orang lain jahitkan. Hehe. Kat sekolah saya dulu pun ada yang buat macam tu. Suruh orang lain jahit. Terutamanya yang ambik Sains Pertanian. Hehe.
Ok ok. Lupakan kenangan lama. Back to the topic. Nota ni saya ambil dalam buku Kemahiran Hidup PMR.
Jahitan insang pari biasa digunakan untuk mengemas tepi fabrik, basi kelim dan sebagai jahitan hiasan untuk menjahit motif.
Jahitan insang pari boleh dijahit dengan menggunakan benang biasa atau benang sulaman.
Cara menjahit jahitan insang pari:
- Mula menjahit dari kiri ke kanan.
- Mulakan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A (Rajah 1).
- Cucuk jarum ke dalam fabrik pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
- Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit (Rajah 2).
- Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang terakhir (Rajah 3).



Posted by khAINIza at 8:28 PM 0 comments
Tuesday, March 23, 2010
Templates
Untuk entry ni saya nak kongsi template untuk buat felt. Yang baru-baru buat felt mesti tercari-cari basic shape untuk buat felt ni kan? Macam saya dulu jugak. Hehe. Untuk yang advance tu dah tau buat template sendiri kot.
Nak download template ni, right-click pada gambar template tu, kemudian Save Image As/Save Picture As. Dah download, print. Potong ikut shape, dah siap boleh guna untuk buat felt craft.
Macam mana nak print ikut saiz yang kita nak?
Kalau saya, saya guna Adobe Photoshop. Senang nak adjust apa-apa. Tapi bagi yang takde Photoshop, boleh letak template ni dalam Microsoft Word (Insert > Picture > From File). Lepas tu double-click kat gambar tu. Dah boleh pilih berapa Height/Width yang kita nak. Kemudian print je la macam biasa. Itu je. ![]()
Ni je la dulu untuk kali ni. Nanti saya update lagi kalau ada masa.

Posted by khAINIza at 7:55 AM 2 comments
Labels: Template
Wednesday, March 17, 2010
Order #9
P/s : Siapkan tempahan seterusnya. Chaiyyok..chaiyyok..
Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.
Posted by khAINIza at 1:42 PM 0 comments
Labels: Frame, Ginger Bread Man, Keychain, Love
Friday, February 26, 2010
Love Frame
Front View
Back ViewTerhasil lagi satu produk dari kain felt ni. Frame ni saya nak hadiahkan kepada kawan saya yang nak kawin esok lusa. Tak dapat pergi kot kenduri dia sebab jauh la. Ingat nak pos la Ahad ni. Nanti boleh dia letak gambar kawin dia nanti kan? Berminat tak? Jom tempah.
RM7.00 untuk gambar saiz 3R
RM8.00 untuk gambar saiz 4R
Update : Dah tambah gambar bentuk belakang frame ni. Ni resquest dari jellajello nak tahu macam mana bentuk belakang frame tu. Semi bulatan tu saya potong untuk memudahkan keluar masuk gambar nanti. Mudah la nanti nak keluarkan gambar kalau nak tukar.
Posted by khAINIza at 8:46 PM 7 comments
Thursday, February 25, 2010
Order#8
Posted by khAINIza at 1:49 PM 5 comments
Friday, February 19, 2010
Ribbon Keychain (KR001)
Ni keychain hasil daripada riben yang berbagai warna. Dipasang pula dengan loceng kecil comel yang memberi amaran jika kunci terjatuh.
Posted by khAINIza at 12:49 PM 3 comments
Monday, February 8, 2010
Order#7
Kat atas ni order 2 minggu lepas. Love, bear, Hello Kitty dan Pooh. Sebenanrnya ada banyak lagi. Ada la empat lima keychain jersi lagi. Tapi yang tu siap lewat sikit jadi tak terambil gambar jersi-jersi tu. Kat bawah ni pulak order minggu lepas. Ada banyak lagi yang tak siap. Ni yang pesan awal la. 1st order, 1st serve la. Errk..betul ke tu. Huhu.
Posted by khAINIza at 1:14 PM 2 comments
Labels: Alphabet, Felt, Handphone Strap, Hello Kitty, Jersey, Keychain, Love
Sunday, January 31, 2010
Name Keychain (KC007)
+50 sen (untuk satu huruf kelima dan seterusnya)
Posted by khAINIza at 3:02 PM 4 comments
Sunday, January 24, 2010
Flower Hairclip (HC002)
RM3.00/pair
Posted by khAINIza at 1:53 AM 0 comments
Saturday, January 23, 2010
Love Hp Strap (KC006)
RM3.50 (2 alphabet sides)
*Tulisan jenis ini hanya muat untuk 3 huruf (maksimum)
Posted by khAINIza at 9:11 AM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Keychain, Love
Tuesday, January 19, 2010
Order#6 : 7 jerseys
Huhu...nak muntah rasanya nak siapkan 7 jersi ni. Hujung minggu baru ni habiskan masa siapkan benda ni je. Nak tak nak kena buat jugak la, orang dah tempah. Rasanya malas dah nak ambil tempahan jersi ni lagi. Susah la jugak.
Posted by khAINIza at 1:58 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Jersey, Keychain
Friday, January 15, 2010
Order#5 : 3 Hair Clips
Dah banyak keychain dengan handphone strap. Kita tengok hair clip la pulak. Hairclip sebelum ni dah habis. Sold Out! (Macam banyak je...padahal tak pun)
Posted by khAINIza at 5:14 PM 0 comments
Thursday, January 14, 2010
Order#4 : Tiga Sekawan
RM4.00/each (1 side/hadapan sahaja)RM4.50/each (2 sides/dengan huruf di belakang)
Bear tiga sekawan. Ditempah oleh kawan adik, student UiTM Machang. Dua daripadanya handphone strap. Yang hijau tu keychain. Warna tu diorang yang request sendiri. Ada jugak bear warna biru, merah, hijau ye. Apa-apa pun okla tu ek! Kat belakang bear biru dan hijau tu ada nama orang yang order tu. Yang merah tu untuk nama dia suruh letak kat depan.
Berminat? Email saya ye : khainiza@gmail.com
Posted by khAINIza at 12:42 AM 0 comments
Labels: Bear, Felt, Handphone Strap, Keychain
Wednesday, January 13, 2010
Order#3
Huhu...penat jugak nak siapkan dua jersi ni. Siap juga akhirnya. Lagi-lagi jersi. Susah jugak nak siapkan jersi ni. Budak-budak laki biasa la suka jersi ni.
Posted by khAINIza at 1:16 AM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Jersey, Keychain
Tuesday, January 12, 2010
Mouse Pincushion
Tengok jarum yang berkeliaran berselirakan, terlintas nak buat pin cushion. Sebelum ni cuma cucuk dekat span yang saya gulung-gulung je. Tak de idea nak buat bentuk apa. Try search bentuk-bentuk yang comel-comel kat internet. Jumpa la bentuk mouse ni kat blog Nuno life. Sangat comel (bagi saya la..). Tambah lagi author blog tu dah sediakan template. Hehe. Best. Best. Try la buat. Tapi kecil je yang saya buat. Panjang dia cuma 2.5 inci je. Tak pe la. Ni baru permulaan buat pin cushion ni.
Posted by khAINIza at 12:02 PM 1 comments
Labels: Felt, Pin Cushion
Monday, January 11, 2010
Order#2 : Glory Glory Man U
Tempahan dari kawan-kawan adik. 3 handphone strap jersi Manchaster United dengan nama masing-masing.

Posted by khAINIza at 4:52 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Jersey, Keychain
Saturday, January 9, 2010
Hello Kitty (KC005)
Akhirnya siap juga Hello Kitty dan kawan dia ni, Chococat. Sebelum ni dah buat Badtz-Maru dan Keroppi. Patutnya siapkan Hello Kitty dulu. Ni kawan dia yang buat dulu. Hehe. Pasni nak buat My Melody pulak. Tunggu ye!
Posted by khAINIza at 8:14 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Hello Kitty, Keychain
Thursday, January 7, 2010
Chelsea Jersey (KJ003)
Posted by khAINIza at 11:29 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Jersey, Keychain
Monday, January 4, 2010
Love (KC004)
Ni handphone strap request by my sister in law. Ni front view, nama dia. Belakang nama her husband.
Nak pesan? Email saya ye : khainiza@gmail.com
Posted by khAINIza at 11:16 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Keychain, Love
Sunday, January 3, 2010
Ginger Bread Man (KC003)
Sempena hari lahir anak saudara saya yang sulong, Nurul Syifa' binti Mohd Azlee yang ke-6 pada 1 Januari 2010, saya hadiahkan dia keychain Ginger Bread Man ni. Kebetulan pula dia dah mula sekolah darjah 1 tahun ni, boleh dia gantung kat beg sekolah dia.
Posted by khAINIza at 6:30 PM 0 comments
Labels: Felt, Ginger Bread Man, Keychain
Saturday, January 2, 2010
Manchester United Jersey (KJ002)
Ni pulak handphone strap jersi bola pasukan MU, ordered by my primary school friend, Na. Rooney. Thanks Na! Nanti datang ambil ye.
Posted by khAINIza at 1:15 PM 0 comments
Labels: Felt, Handphone Strap, Jersey, Keychain



























