NOTIS

BUAT MASA NI, KHAINIZA LITTLE SHOPPE TIDAK DAPAT MENERIMA SEBARANG PESANAN SEHINGGA NOTIS INI DIPADAMKAN. HARAP MAAF. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

Tuesday, March 23, 2010

Templates

Untuk entry ni saya nak kongsi template untuk buat felt. Yang baru-baru buat felt mesti tercari-cari basic shape untuk buat felt ni kan? Macam saya dulu jugak. Hehe. Untuk yang advance tu dah tau buat template sendiri kot.

Nak download template ni, right-click pada gambar template tu, kemudian Save Image As/Save Picture As. Dah download, print. Potong ikut shape, dah siap boleh guna untuk buat felt craft.

Macam mana nak print ikut saiz yang kita nak?
Kalau saya, saya guna Adobe Photoshop. Senang nak adjust apa-apa. Tapi bagi yang takde Photoshop, boleh letak template ni dalam Microsoft Word (Insert > Picture > From File). Lepas tu double-click kat gambar tu. Dah boleh pilih berapa Height/Width yang kita nak. Kemudian print je la macam biasa. Itu je. mltan100.blogspot.com

Ni je la dulu untuk kali ni. Nanti saya update lagi kalau ada masa.

Wednesday, March 17, 2010

Order #9

Siap jugak tempahan dari Kak Miera. Yang bunga-bunga tu hasil daripada 1 pc felt. Saiz bunga 5cm x 5cm. Daripada felt saiz 23cm x 25cm tu, dapat la dalam 21pcs hingga 23pcs bunga tu. Frame tu pulak customize daripada frame Love tu. Tukar LOVE kepada nama puteri-puterinya. Dan satu lagi keychain Ginger Bread Man. Dah pos dah semalam. mltan100.blogspot.com

P/s : Siapkan tempahan seterusnya. Chaiyyok..chaiyyok..

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Friday, February 26, 2010

Love Frame

Front View

Back View

Terhasil lagi satu produk dari kain felt ni. Frame ni saya nak hadiahkan kepada kawan saya yang nak kawin esok lusa. Tak dapat pergi kot kenduri dia sebab jauh la. Ingat nak pos la Ahad ni. Nanti boleh dia letak gambar kawin dia nanti kan? Berminat tak? Jom tempah.

RM7.00 untuk gambar saiz 3R
RM8.00 untuk gambar saiz 4R

Update : Dah tambah gambar bentuk belakang frame ni. Ni resquest dari jellajello nak tahu macam mana bentuk belakang frame tu. Semi bulatan tu saya potong untuk memudahkan keluar masuk gambar nanti. Mudah la nanti nak keluarkan gambar kalau nak tukar.

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Thursday, February 25, 2010

Order#8

Order dari Ajell, UKM.

Ni pula order Hazira, Subang Jaya.

Terima kasih mltan100.blogspot.com

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com ye!

Friday, February 19, 2010

Ribbon Keychain (KR001)

RM2.50 each

Ni keychain hasil daripada riben yang berbagai warna. Dipasang pula dengan loceng kecil comel yang memberi amaran jika kunci terjatuh. mltan100.blogspot.com

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Monday, February 8, 2010

Order#7

Kat atas ni order 2 minggu lepas. Love, bear, Hello Kitty dan Pooh. Sebenanrnya ada banyak lagi. Ada la empat lima keychain jersi lagi. Tapi yang tu siap lewat sikit jadi tak terambil gambar jersi-jersi tu. Kat bawah ni pulak order minggu lepas. Ada banyak lagi yang tak siap. Ni yang pesan awal la. 1st order, 1st serve la. Errk..betul ke tu. Huhu.


Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Sunday, January 31, 2010

Name Keychain (KC007)

RM3.00 (4 huruf dan ke bawah)
+50 sen (untuk satu huruf kelima dan seterusnya)

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Sunday, January 24, 2010

Flower Hairclip (HC002)

Flower haiclip
RM3.00/pair

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com atau isikan borang pesanan di sebelah kanan.