NOTIS

BUAT MASA NI, KHAINIZA LITTLE SHOPPE TIDAK DAPAT MENERIMA SEBARANG PESANAN SEHINGGA NOTIS INI DIPADAMKAN. HARAP MAAF. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

Thursday, October 28, 2010

Order : Farah

Ni order Farah dari JB. Felt purse warna hijau muda, campur biru muda sikit.

Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Pandangan dalam

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Wednesday, October 6, 2010

Felt Purse

Ni dia produk baru saya. Hehe. Kira coming back la lepas lama tak update entry ni.

Purse ni baru terfikir nak buat semalam. Tengah belek-belek kain, tetiba dapat idea nak buat purse ni. Purse ke? Hehe. Kira purse la ni ek. Saiz dia 10 cm x 7 cm.

Kalau malas nak bawak handbag pergi mana-mana boleh la isi je duit dalam ni. Jangan la pulak tertinggal IC dengan lesen tu. Tempat letak kad pun ada tau. Purse ni di design untuk isi, wang kertas, syiling dan kad. Saiz dia pulak kecik je. Senang nak letak dalam poket


Boleh je nak hias, tapi tak nak. Lagi suka design plain macam ni. Hihi.

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Sunday, August 1, 2010

Order : Anchor Keychain

Selalu je malas nak update blog. Hehe. Jangan marah ye. Sekarang ni busy sikit. Kalau ada email, sms yang lambat balas tu, harap maaf la ye. Tapi, insyaAllah akan dibalas dalam masa 24 jam. Malam je sempat nak cek email, sms. Siang hari, terlalu banyak kerja kena buat.

Layan order dari Kak Zurena 2 ke 3 minggu lepas. 30 pcs keychain bentuk sauh. Hehe. Baru nak letak kat blog.




Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Saturday, July 3, 2010

My Cousin's Wedding Souvenir

Hehe...dah lama tak update blog ni. Maaf la kalau ada pengunjung-pengunjung yang tertunggu-tunggu entry baru. Dah sebulan lebih, atau nak dekat 2 bulan blog ni tak update kan? Malas betul. Huhu.

Cuti sekolah baru ni saya sibuk sikit. Sibuk dengan majlis kahwin sepupu. Sepupu yang rapat mesti la wajib ambil bahagian. Hehe. Dari mula cuti sekolah, majlis akad nikah, resepsi dan majlis sebelah lelaki semua kena ambil bahagian la. Dah habis majlis kahwin dia, sambung pula majlis pertunangan adiknya kat KL. Penuh cuti sekolah 2 minggu. Huhu.

Entry ni nak letak door gift untuk tetamu yang diminta oleh sepupu saya. Ni gambar sebahagian dari keseluruhan jumlah. Layannn.

Kat belakang tu ada nama pengantin. Lupa plak nak snap. Ampun.

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Sunday, May 16, 2010

Order : Kak Aivee

Alhamdulillah...siap jugak tempahan daripada Kak Aivee ni. 20pcs keychain; 19 untuk AiVee Emart dan 1 untuk si comel, Ryan (lupa nak snap gambar plak). Dapat disiapkan dalam masa seminggu. Heee...

Yang ni kaler purple, tulisan hijau.

Yang ni pulak kaler hijau, tulisan purple. Dah masuk plastic baru ingat nak snap gambar. Hihi.

Sebelum ni Kak Aivee dah tempah 4pcs nak tengok dulu macam mana hasil tangan saya. Alhamdulillah Kak Aivee suka. Then, dia pun tempah lagi untuk sekian kalinya. Kak Aivee ni ada blogshop, jual baju-baju baby. Cantik cantik, comel comel sangat. Sape-sape nak tengok boleh pergi ke blog AiVee Emart.

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.

Sunday, March 28, 2010

Jahitan Insang Pari

Entry ni pulak nak buat tutorial bagi yang belum tahu la jahitan yang digunakan untuk buat felt craft ni. Sebenarnya jahitan ni kita semua dah belajar masa Kemahiran Hidup PMR/SRP dulu. Siapa-siapa yang tak tahu tu mesti ponteng kelas KH ni. Hehe. Tak pun, cikgu suruh jahit, dia mintak orang lain jahitkan. Hehe. Kat sekolah saya dulu pun ada yang buat macam tu. Suruh orang lain jahit. Terutamanya yang ambik Sains Pertanian. Hehe.

Ok ok. Lupakan kenangan lama. Back to the topic. Nota ni saya ambil dalam buku Kemahiran Hidup PMR.

Jahitan insang pari biasa digunakan untuk mengemas tepi fabrik, basi kelim dan sebagai jahitan hiasan untuk menjahit motif.

Jahitan insang pari boleh dijahit dengan menggunakan benang biasa atau benang sulaman.

Cara menjahit jahitan insang pari:

  1. Mula menjahit dari kiri ke kanan.
  2. Mulakan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A (Rajah 1).
  3. Rajah 1

  4. Cucuk jarum ke dalam fabrik pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
  5. Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit (Rajah 2).
  6. Rajah 2

  7. Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang terakhir (Rajah 3).
  8. Rajah 3
Macam mana? Tak susah kan? Selamat mencuba!

Tuesday, March 23, 2010

Templates

Untuk entry ni saya nak kongsi template untuk buat felt. Yang baru-baru buat felt mesti tercari-cari basic shape untuk buat felt ni kan? Macam saya dulu jugak. Hehe. Untuk yang advance tu dah tau buat template sendiri kot.

Nak download template ni, right-click pada gambar template tu, kemudian Save Image As/Save Picture As. Dah download, print. Potong ikut shape, dah siap boleh guna untuk buat felt craft.

Macam mana nak print ikut saiz yang kita nak?
Kalau saya, saya guna Adobe Photoshop. Senang nak adjust apa-apa. Tapi bagi yang takde Photoshop, boleh letak template ni dalam Microsoft Word (Insert > Picture > From File). Lepas tu double-click kat gambar tu. Dah boleh pilih berapa Height/Width yang kita nak. Kemudian print je la macam biasa. Itu je. mltan100.blogspot.com

Ni je la dulu untuk kali ni. Nanti saya update lagi kalau ada masa.

Wednesday, March 17, 2010

Order #9

Siap jugak tempahan dari Kak Miera. Yang bunga-bunga tu hasil daripada 1 pc felt. Saiz bunga 5cm x 5cm. Daripada felt saiz 23cm x 25cm tu, dapat la dalam 21pcs hingga 23pcs bunga tu. Frame tu pulak customize daripada frame Love tu. Tukar LOVE kepada nama puteri-puterinya. Dan satu lagi keychain Ginger Bread Man. Dah pos dah semalam. mltan100.blogspot.com

P/s : Siapkan tempahan seterusnya. Chaiyyok..chaiyyok..

Untuk tempahan, sila emailkan ke khainiza@gmail.com.